Assalamualaikum

Al-Quran

Friday, December 31, 2010

Sheikh Saad Nomani-Meet the Challenge By Sheikh Faris Abbad on Sharja tv...

Sorut Al-fatiha for Fares Abbad

Amazing Recitation of Hashr and Maryam [Saad Nomani]

Sheikh Saad Nomani-Sudais,Taaha- in Perth 2010.MOV

Sheikh Qari Saad Nomani - Sheikh Saad Al-Ghamdi Imitation

Sheikh Saad Nomani personal tune in Perth 2010

Sheikh Saad Nomani (two Styles) Dubai Taraweeh 29th Night 2009.wmv

Sheikh Saad Nomani RIS 2010 recitation pt1

so nice voice sorah yasin from Shekh mishary rashid al afasy in Dubai 20...

2010 ramadan salat tarawih sorah ibrahim by shekh mishary rashid al afasy

Adakah Anda Ingin Berubah?

Hari ini hari terakhir 2010. Esok permulaan 2011. Satu perubahan dari segi tahun kita berada, tetapi bagaimana pula kita?
Untuk Tazkirah Jumaat hari ini, saya ingin berkongsi satu tazkirah yang saya rasa sesuai untuk kita baca, renungkan dan ambil tindakan yang sewajarnya:
KITA terlalu banyak memikirkan apa yang berada di luar kita. Ramai orang menginginkan orang lain berubah.
Malah, kadang-kadang kita berkeinginan tetapi tidak kesampaian. Kita mahu negara kita berubah. Kita mahu orang berubah, kita bercita-cita mahu ubah pekerja kita tetapi malangnya anak isteri kita tidak mampu diubah.
Kenapa kita tidak mampu mengubah orang lain? Antara sebabnya kita tidak pernah memberi masa bersungguh-sungguh untuk mengubah diri sendiri.
Rahsia mengubah orang ialah dengan mengubah diri sendiri. Betapa besar pun hasrat untuk mengubah orang
lain sekiranya tidak dimulakan dengan diri sendiri ia akan menjadi hampa.
Kadangkala hasrat untuk mengubah orang lain akan menjadi bahan ketawa. Orang di sekeliling kita akan menyaksikan cakap tidak serupa bikin yang kita laungkan.
Sebagai perbandingan elok juga kita fikirkan perbandingan ini. Kalau kita hendak membina rumah apalah ertinya kita memikirkan dinding, pintu dan atap sekiranya tapak tidak kita bina.
“Mulakan dengan dirimu,” kata pepatah Arab. Inilah kunci orang yang berjaya. Berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri.
Ramai orang berani melihat kekurangan orang tetapi jarang orang berani membincangkan kelemahan diri sendiri.
Sebenarnya mengubah diri dengan penuh sedar adalah juga mengubah orang lain. Walaupun tidak sepatah kata kita ucapkan untuk ubah orang lain, perbuatannya yangberubah itu menjadi ucapan yang sangat bererti bagi orang lain.
Memang pengaruh dari kegigihan mengubah diri tidak akan spontan dirasakan. Tetapi percayalah ia akan membekas dalam minda orang lain.
Makin lama orang akan simpati dan terdorong juga untuk turut sama berubah. Lantas bagaimana kaedah mengubah
diri?
Pertama: Mulalah dengan mengubah diri sendiri. Bagaimana mungkin kita mengajak orang berubah sedangkan kita tidak berubah. Jadilah seperti ‘ketam mengajar anak berjalan betul’ nanti cakap tidak serupa bikin.
Kedua: Mulakan dengan melakukan perkara yang kecil. Perkara yang kecil-kecil jika dilazimi akan membantu dan memudahkan untuk melakukan yang besar-besar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Perkara yang kecil jika sering diabaikan nanti berjangkit yang besar pun akan mudah diingkari. Banjir besar diawali dengan titik-titik hujan yang kecil.

Ketiga: Mulakan sekarang (Do it now). Jangan bertangguh lagi. Semakin bertangguh semakin melarat. Masalah yang kecil-kecil akan jadi besar jika dibiarkan.
Keempat: Paksa diri dengan sepenuh hati. Nafsu jika tidak dipaksa nanti jadi degil.
Kelima: Belajar menghukum diri sendiri. Kalangan sahabat pernah menghukum diri dengan berpuasa kerana mengumpat.
Keenam: Kena ulang dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang kebaikan sehingga sebati dengan diri. Wassalam.

Wednesday, December 29, 2010

Saad Nomany reciting at Holland Park Masjed (Shick Maher)

Sunday, December 26, 2010

1 - Qari Sa'ad Nu'mani al-Madani - Personal Tune

Saturday, December 25, 2010

Berehat seketika dengan Alunan Ayat-Ayat Suci Al-Quran

Syeikh Saad Nomani(various Imitiating)






Syeikh Misyary Al-Fasy(surah Nur)






Syeikh Abdul Rahman Sudais(surah Toha Emetional Recitation)






Sheikh Shuraim(al-fatihah Very Emetional Recitation)






Syeikh Maher Al-Muaiqly(Great Recitation)




Syeikh Ahmad Al-Ajmy(raring Recitation)






Syeikh Fahd Al-Kenderi(great Recitation)






Syeikh Abu Bakar Ash-Shateri(suRah An-Naba' Very Touching)






Syeikh Saad Al-Ghamidi(Beautidul Recitation)








Syeikh Hani Arifai(Amazing Recitation Surah Ghafir)








Syeikh Al-Habty(Beautiful Recitation)








Syeikh Abdullah Mathrood(Beautiful Recitation Surah Al-Mutoffifin








Sheikh Salah Al Hashem(very-very amazing recitation surah ghafir)





Syeikh Hatem Farid(MAsyaAllah)

Anda Bukan Gagal Tapi Belum Berjaya!

Pernahkah sahabat menghadapi kegagalan. Gagal ketika exam, gagal dalam menganjurkan sebuah program ataupun dalam perkara yang lain. Dalam post ini saya ingin berkongsi ilmu yang diambil daripada sebuah buku karya Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Dr.Fadzli Yusof iaitu 55 petua orang yang berjaya.
Saya tertarik dengan petua pertama yang ditulis dalam buku itu iaitu anda bukannya gagal tetapi belum berjaya.Sahabat-sahabat saya yang disayangi, kegagalan itu adalah ujian daripada Allah supaya kita lebih mengingati-Nya. Apa gunanya hidup tanpa ujian?
Kerana ujian itulah mentarbiyyahkan diri kita supaya menjadi lebih baik. Tidak perlulah saudara bersedih dengan kegagalan itu kerana bukan anda seorang sahaja yang ditempuhi dengan kegagalan, ramai lagi yang sama kes macam anda walaupun orang yang terkenal.
Cuba kita lihat seorang tokoh yang bernama Colonel Sanders. Siapa tidak kenal dengan beliau.Beliaulah founder KFC yang selalu orang ramai menikmatinya. Colonel Sanders juga menghadapi beberapa kegagalan dalam ingin mencipta resepi ayam goreng ciptaan diri beliau sendiri. Sikap beliau yang tidak pernah berputus asa dan yakin dia belum berjaya menyebabkan semakin hari semakin bertambah usaha beliau. Akhirnya beliau berjaya apabila orang yang ke-1009 berpuas hati dengan resepi beliau. Sembilan tahun kemudian, beliau membuka restoran beliau sendiri iaitu Kentucky Fried Chicken atau lebih dikenali sebagai KFC. Beliau mendapat keuntungan yang banyak dan restoran beliau menjadi terkenal di persada antarabangsa.

Dalam kisah tokoh di atas menunjukkan bahawa usaha dan tidak berputus asa adalah faktor utama yang penting dalam inginkan sesuatu kejayaan.Biarlah ditimpa dengan 1000x kegagalan asalkan suatu hari nanti pasti akan ada kejayaan itu. Saudara kena ingat bahawa Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Insyirah ayat 5-6 yang bemaksud:
“Sesungguhnya bagi setiap kesukaran itu akan akan ada kesenangan.(Sekali lagi ditegaskan)bahawa bagi setiap kesukaran itu akan akan ada kesenangan”.
Berpeganglah kepada ayat ini kerana ketika Nabi Muhammad S.A.W sendiri menghadapi kesukaran dalam mengerakkan dakwah Islamiah terhadap umat Baginda sendiri walaupun ditindas dengan para Musyrikin Mekah pada masa itu tetapi akhirnya berjaya menegakkan Islam di seluruh dunia dengan usaha serta pertolongan daripada Allah S.W.T. Tambahan pula, sahabat juga kena yakin bahawa Allah akan membantu diri anda tidak kira masa atau tempat sekiranya kita mengingati-Nya selalu. Berdoalah dan usahalah saudara sekalian agar capai kejayaan kerana Allah tidak akan bagi kejayaan itu sekiranya tanpa usaha walaupun mengeluarkan tangisan berdarah ketika berdoa kepada-Nya.

Akhir kata daripada saya, moga apa yang ditaip ini dapat memberi manfaat kepada sahabat sekalian dan diri saya sendiri. Apa gunanya saya menaip tips ini kalau saya juga tidak buat.Allah juga berfirman dalam surah As-Saff ayat 2 dan 3 yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya”.
Bersamalah kita yakinkan diri kita bahawa diri kita bukannya gagal tetapi belum berjaya dan akan mencuba sedaya upaya untuk mencapai kejayaan.

Khusyu Dalam Solat


Khusyu` (fokus) merupakan ‘roh’ solat apabila dilakukan oleh seorang hamba di hadapan Allah SWT kerana fokus tersebut merupakan pemancar tenaga yang diarahkan daripada jasad dan rohani kita menjadi satu yang telah dileburkan keduanya kepada Allah SWT semasa kita memulakan upacara solat di waktu kita mengangkat Takbiratul Ihram dan meletakan tangan di pusat atau hati di situlah bermula pemusatan kita inilah antara hikmah semasa solat tangan diletakkan pada pusat tubuh kita kerana untuk mengaktifkan cakra tenaga hasil dari fokus di dalam solat.
Dari sudut kesihatan misalnya bahawa setiap posisi solat memberikan fokus-fokus yang berbeza pada cakra berbeza. Misalnya semasa kita berdiri tegak dan letak dua tapak tangan di atas pusat kita dapat rasakan pemfokusan bermula, kemudian apabila kita membaca ayat cakra tengkorak kita fokus yang akan dapat memberi fungsi otak, fikiran dan kreativiti yang sihat, begitulah seterusnya apabila kita melakukan ruku` kita mengaktifkan cakra pada jantung, apabila duduk antara dua sujud kita terasa cakra seks dan perut yang menghasilkan metabolisme yang dapat memberikan tenaga zahir dan batin. Manakala apabila sujud pula cakra sulbi, tengah dahi dan cakra mahkota.
Oleh yang demikian sekiranya kita mengalami kesakitan pada fizikal atau kerohanian ini menunjukkan bahawa kekurangan pada tenaga aura cakra inilah antara punca utama yang berlaku pada masyarakat Islam hari ini berdasarkan pengamatan penulis sejak 25 tahun lalu, ramai yang mengeluh dalam soal pemfokusan dalam solat sebagaimana yang telah diajar dalam agama Islam.
Maka jikalau organ terlibat di dapati kekurangan aura cakra maka ia mengalami kelemahan untuk melawan penyakit dan mudah diserang atau dijangkiti oleh kerana itu, orang tua kita dulu mengaktifkan dengan tenaga luar dengan menggunakan batu, bunga, tenaga bumi,langit,tenaga galaksi dan sebagainya contoh paling popular mandi bunga dengan 7 jenis bunga yang mengandungi warna-warna tersendiri untuk memulihkan semangat atau perasaan yang berkaitan dengan kerohanian dan kini timbul pelbagai aliran-aliran tenaga telah diperkenalkan dalam masyarakat kita.
Tetapi kenapa kita gagal menyelidiki tenaga rahsia yang paling hebat melalui solat dan amalan yang dianjurkan dalam Islam kerana solat juga merupakan kaitan cakra secara langsung menunjukkan bahawa upacara peribadatan dalam Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW begitu hebat dari sudut kesihatan dan keseragaman.
Justeru, penulis ingin memperkenalkan kepada anda berdasarkan pengamatan tersendiri cara untuk mendapatkan fokus dalam solat yang memerlukan ketenangan agar tenaga dapat dimurnikan ke seluruh jasad dan rohani secara umumnya adalah :
Pertama : Sebelum mengerjakan solat kita mesti tenang gunakan minda dan nafas untuk tenang. Ini antara faktor menggalakkan solat secara berjemaah di masjid atau di surau agar aura dan keberkatan dan ikatan sesama Islam akan lebih utuh dan kukuh.
Kedua : Mengerti apa yang kita diucapkan dan lakukan kerana dalam solat tidak semestinyamembaca ayat Al-Quran berjela-jela tanpa memahami dan meneliti dengan baik yang penting hakikat solat adalah puji-pujian dan doa sebagai ‘cetusan’ kepada yang Maha Esa dan Maha Pencipta. Ini adalah antara kaedah yang paling praktikal kerana itulah penulis membawa pembaca agar banyak berfikir tentang alam dan diri sebelum ini sehingga timbul pelbagai persoalannya supaya dapat merasakan keagungan dan kehebatan Allah dengan apa yang kita rasakan melalui nikmat anugerahnya.
Kalau ditanya apakah yang anda nampak ketika solat ?
Ada bermacam-macam jawapan yang dapat ceritakan,tetapi ramai mengakui dengan jujur
Kes Pertama :
Sejujurnya dalam solat pelbagai perkara yang dilihat dan terbayang di depan mata dan juga di kepala kita kadang-kadang hal lama yang tidak pernah ingat pun tiba-tiba muncul, selalunya lepas teringat, istighfar (mohon ampun) balik, malu rasanya mengenangkan kualiti solat atau kadang-kadang kita bayangkan diri kita sendiri melihat sedang solat atau pejamkan mata bayangkan seperti ada yang memerhatikan, hakikatnya kita masih mencari-cari khusyuk sebagaimana para sahabat dan Rasulullah SAW.
Di awal-awal solat lagi jiwa ini memberontak dari doa iftitah (doa pembukaan solat), bermulabacaan Inna solaati wanusuki..wamahyayaati..(Sesungguhnya solatku hidupku dan matiku) dalam hati berkata-kata “Kamu berbohong!! sampai pula ayat Fatihah iyyaka na’budu wa iyya kanasta ‘in..”(Engkaulah yang aku sembah dan kepada engkaulah aku memohon pertolongan ) kamu bohong! kamu bukan sembah Allah”! Alangkah sedihnya !
Sehingga akhir solat kita rasa saya melakukan dosa dan dosa ! akhirnya setelah selesai kita rasa akulah hamba yang paling keji ! kerana menipu Allah dan kita rasa amat takut dengan sumpah semasa dalam solat itu! Maka kita mula berputus asa dengan rahmat dan ilmu Allah SWT yang begitu luas tanpa mencari jalan penyelesaiannya.
Kes Kedua :
Kalau saya solat nampak sejadah saja tetapi fikiran melayang, semasa solat teringat benda yang terlupa dompet di mana, letak buku di mana, hakikatnya susah untuk dapatkan khusyuk atau pemusatan matlamat yang sebenarnya.
Daripada dua kes tersebut dapatlah penulis membuat kesimpulan bahawa apapun kita tetap bersyukur kerana kita :
1. Ikhlas
2. Masih ingat diri
3. Masih mencari sesuatu
4. Dapat memisah diri antara Allah dan Hamba
5. Masih seorang hamba yang lemah
6. Terpenting masih solat..
Tahniah ! Anda masih seorang hamba yang mengikuti plan Allah. Maknanya anda telah meningkat dari segi penyucian nyawa dan diri yang dalam itu sudah hidup.
Walaupun kita mendapati belaku konflik tumpuan dari segi siapa diri anda dan siapa yang anda sembah.
Sebelum solat mesti sahkan siapa diri anda dulu, kemudian langkah seterusnya barulah pengesahan dan perbetulkan diri. Jika begitu, anda sudah sentiasa bersama ‘diri dalam’ sudah tidak ‘merayau-merayau’ lagi.
Ketiga : Fahami kalimah Alhamdulillah yang mana sebutan ketika mula-mula Saidina Adam AS menyebutnya. Semasa kejadian Nabi Adam A.S apabila telah dimasukkan roh dalam tubuhnya bersin dan terbuka mulutnya Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata “Yarhamukallah” yang membawa erti: “Semoga Engkau diberi rahmat Allah”.
Jadi dari sinilah kita menyimpulkan bahawa solat adalah untuk memuji kebesaran Allah SWT yang Maha Pencipta dan Maha Hebat yang mencipta makhluknya yang sempurna dan sebaik-baik kejadian.
Keempat : Ketahui kunci syurga ? Dua kalimah syahadah sebagai ‘kata laluan’ yang sudah tertulis di pintu syurga merangkumi juga dalam solat.
Ada pendapat mengatakan bahawa kunci syurga adalah pertanyaan, bermula pencarian khusyu` solat untuk apa ? kenapa? bagaimana? dan untuk siapa? Jika merujuk kepada solat, syarat sah, rukun dan sebagainya, kerana rahsia solat adalah Pengesahan iaitu padaWajjahtuwajhiallilazi bermaksud pandang memandang antara Yang Melihat dan Di Lihat yang berbicara soal hati.
Oleh itu, sebelum memulakan solat cuba amalkan tiga perkara :
1. Usulkan Diri Mu iaitu menyerahkan diri jasad dan hati sepenuhnya, kembalikan kepada asalnya iaitu sebagai hamba kepada Allah dengan penuh rasa rendah diri, hina dan lemah serta tiada daya kepada yang Empunya. (Dari Allah kita datang kepada Tuhan kita kembali).
2. Sahkan Diri Mu iaitu pengesahan diri sebagai hamba yang di mulakan dengan niat untuk mengabdikanNya sebagai pemilk diri ini.(Yang Empunya diri) iaitu Allah. Pengesahan diri juga memberi adalah cermin diri kita sendiri di hadapan Allah ketika itu. Disinilah yang katakan keikhlasan kita dari Aku kepada Allah untuk Allah Kerana Allah.
3. Perbetulkan Diri Mu ialah mengosongkan hati dan fikiran semata-mata kepada Allah seperti menyesali atas dosa-dosa yang dilakukan dan hadirkan hati dengan kegerunan kepadaNya.Seolah-olah akulah yang sentiasa berdosa.
Bagaimana melakukan kaedah ini ?
Adakah cara tersebut sebelum Takbiratul ihram ? Bagaimana pula masa kita hendak takbir ? Apakah yang perlu diingatkan? Adakah kita niat sembahyang pada masa itu?
Sebenarnya, niat hendak solat itu semasa kita pemberbaharui wudhu’ sudah pun dilakukan. Setiap pekerjaan mesti bermula dengan niat, apabila sudah niat dan yakinkan di dalam hati dengan Usulkan dirimu, Sahkan Diri, Perbetulkan Dirimu, kemudian Takbiratul Ihram.
Takbir yang biasa kita buat adalah untuk mengajar konsep Niat (untuk satukan Hati, Lisan dan Perbuatan)
Dalam Takbir itu bolehlah meng’AKU’ (dalam hati AKU hambaMU Ya Allah) lalu takbir Allahu Akbar, bila sampai kedua-dua tangan sambung Aku sembahyang (dalam hati).
Itulah hakikat bahawa solat itu untuk ‘pengesahan’ diri (Siapa Aku, Siapa Hamba, Siapa Allah dan Siapa Rasul)..
Ini menunjukkan bahawa AKU itu merujuk kepada roh dan SAYA adalah jasad, “Aku secara langsung dengan Allah yang tiada hijab atau benteng, manakala Saya biasa ditujukan kepada jasad yang merasa, mendengar dan lain sebagainya..
Kenapakah kalau mencari cinta pada seorang ‘lelaki atau wanita’ tidak akan jumpa..’beleklah si dia puas-puas’..Cinta itu bukan pada si dia tapi pada AKU. Kembalilah kepada pemahaman roh yang kita dapat hidup ini. Sama juga dikatakan cinta itu magnet, situ kita lihat magnet dengan besi tapi kuasa tarikan itulah perlu kita cari dan yang pasti bukannya dari kita Allah SWT jua kita kembalikan.
Oleh yang demikian, Solat sebenarnya bukan bermaksud sembah tetapi dalam doa iftitah kita menyebut : Wajjahtu wajjah ..Mengadap, Intai-mengintai, kenal mengenali, sah mengesahkan diri kita dalam menuju kehambaan kerana di sinilah kita memuji, mengakui kita insan yang lemah,bersyukur dan berdoa.
Juga kita menyebut : ‘Inni wajjahtu wajhiya ….’ Ku hadapkan wajahku kepada wajah Allah atau demi wajahku wajah Dia….
Bila dikatakan sembah bermakna sudah ada dua. Yang menyembah dan yang disembah. Sudah wujud berhala dan sudah bertempat ( yang disembah ). Inilah perbezaan yang amat ketara dalam agama lain.
107:4-5 : Kecelakanlah bagi mereka, yakni orang-orang yang pada solat mereka, mereka lalai.
Menurut ilmu kerohanian, di dalam solat tiada yang disembah dan yang menyembah ia hanya upacara yang terdiri dari niat, perbuatan dan lisan untuk pengesahan atas dasar ketaatan sebagai hamba..
Solat sebenarnya bukan sembahyang kerana Sembahyang dari perkataan sanskret iaitu Sembah Hyang (Hyang tu salah satu dewa Hindu).
Firman Allah SWT :
49:14. Orang-orang Arab berkata : Kami sudah beriman. Katakanlah : Kamu belum beriman, tetapi katakanlah kami Islam. Keimanan belum lagi masuk ke dalam hatimu.
Oleh yang demikian, hendaklah kita mengenali siapa ‘yang beriman’ itu..itulah mereka yang sering 24 jam tidak pernah lalai dari memuji Tuhannya. Hanya ‘yang beriman’ itu sahaja yang mampu mendirikan solat.. Adakah kita hanya memberi jawapan neraka weil sajalah ibarat gaya lebih tapi poket kosong. Di sisi Allah SWT tiada nisbah 10%, 20%, 50% . Ikhlaskan kepadanya 100% agar kita dapat menemuiNya. Kalau lalai terimalah sajalah semoga kita dapat memperbaiki diri dan kembalilah kepada mengingatiNya.
Kita harus juga melihat tentang bacaan ayat Al-Quran semasa dalam solat, sebaik-baiknya berdasarkan Firman Allah SWT :
17:110. Katakanlah, “Serulah Allah, atau serulah Ar-Rahman, apa sahaja yang kamu seru, bagiNya nama-nama yang paling baik.” Dan janganlah kamu melantangkan suara dalam solat, dan jangan juga didiamkan, carilah kamu salah satu di antara yang demikian itu.”
Ini bermaksud tiada lain solat itu melainkan ‘hubungan’ sebagai tempat meletak puji-pujian.. besar membesarkan dan nyata menyatakan untuk DiriNya.
Maka, tentang bacaan dalam solat, seharusnya juga surah-surah yang dipilih itu merujuk kepada ayat-ayat yang berupa puji-pujian, keagungannya walaupun hanya surah Al-Ikhlas. Jadi, kenalah faham apa yang kita ucapkan dalam solat kita..Bukan hanya semata-mata ikut-ikutan gerak geri solat sahaja.
Apa yang kita harapkan dalam solat atau melakukan ibadah yang kita lakukan adalah ‘kepuasan’. Itulah rasa yang ingin dimiliki oleh setiap manusia dalam apa juga kerja yang dilakukannya.
Ibaratnya buang air besar atau kecil sekalipun kita tetap mahukan kepuasan.Begitulah halnya dengan Ibadah kepadaNya. Oleh itu, marilah kita menilik kepuasan dalam beribadah kepadanya..
Andai ada yang menganggap bahawa ‘takut’ itu sebagai kaedah untuk berhubung dengan Allah.. Tidak juga salah kerana memandang ia akan Kebesaran Yang Maha Esa sehingga terasa kekerdilan dirinya yang tidak terhingga.
Andai ada yang menganggap bahawa ‘kasih-sayang’ itu method untuk berhubung dengan Allah.. Tidak juga salah.. Kerana memandang ia akan betapa Pemurah dan KasihNya Allah pada dirinya yang tidak terhingga.
Kata seorang Arif Billah : Sebodoh-bodoh manusia ialah mereka yang meninggalkan kepercayaannya dengan mengambil kepercayaan orang lain. (Kepercayaan itu merujuk kepada ‘rasa’peribadi diri)
Jadi, belajarlah menghormati diri sendiri, memahami apa mahunya, jangan terlalu banyak menilik hal-hal luar sehingga terlupa Dia yang senantiasa bersama anda. Belajarlah berkomunikasi denganNya dan belajar menyayangiNya.
Kelima : Solat merupakan tempat kita mengadu dan berdoa kerana Dia teramat dekat dengan kita, jadi wajarlah ketika solat kita berkomunikasi dengan seadanya kerana doa itu amat penting dalam kehidupan seharian kita. Doa merupakan ‘cetusan hati’ seorang hamba kepada Yang Maha Mengatur, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Agung dan Segalanya dari Dia.
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : Paling dekat hambanya dengan tuhanNya ialah ketika sujud, Maka perbanyakkanlah berdoa. Hadis riwayat Muslim.
Allah Ta’ala berfirman :
“Atau siapakah yang mengabulkan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu
(manusia) sebagai khalifah di bumi”
Catatan Ust.Ateef Ahmad